Carlos Tevez Bawa Boca Juniors Menjuarai Liga Argentina

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
2E0602D400000578-3299568-image-a-40_1446421963393

Carlos Tevez mengetuai skuad Boca Juniors untuk menjuarai Primera Division selepas menang 1-0 ke atas Tigre awal pagi tadi. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh bek kiri, Fabian Monzon.

Ini adalah kejuaraan liga ke-31 untuk Boca Juniors selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 2011.



Selepas 10 tahun berkelana di Eropah, Tevez pulang untuk membantu Boca Juniors ‘membina era baru’. Selepas perlawanan, Tevez dipetik berkata:

“Saya balik (ke Boca Juniors) untuk menikmati perasaan ini sekali lagi. Saya gembira. Saya tak tahu nak cakap apa lagi.”

Tevez merupakan sebahagian pemain yang membantu La Bombonera menjuarai liga Argentina pada 2003 sebelum berpindah ke Corinthians 2 tahun kemudian.

Kini Tevez nekad mahu membantu pasukannya membina ‘Boca yang baru’.

“Kami perlukan kejuaraan liga ini untuk mengurangkan tekanan terhadap pemain muda kami. Mulai sekarang, Boca yang baru akan dilahirkan.”



Boca kini mengumpul 64 mata daripada 29 perlawanan. Mereka mempunyai baki 1 lagi perlawanan menentang Rosario Central pada Ahad depan.

Rosario Central juga berpeluang untuk menjuarai liga, tetapi kalah 1-2 kepada Banfield dan turun ke tangga ke-3 liga.

San Lorenzo naik ke tangga ke-2 dengan 58 mata selepas menang 2-0 ke atas Temperley.

Pasukan tangga ke-4, Racing mengumpul 56 mata selepas bekas penyerang Inter Milan, Deigo Milito menjaringkan 2 gol dalam kemenangan 3-0 mereka menentang Crucero del Norte pada Sabtu lepas.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments