Nguyen Cong Phuong Kagum Dengan Suasana J League Selepas Lawatan ke Jepun

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
u23-vit-nam-u23-malaysia

Penyerang HAGL Nguyen Cong Phuong mendedahkan perasaan beliau mengenai bola sepak Jepun dalam Football Channel Asia.

Dikenali dengan gelaran “Vietnam Messi”, beliau tiba di Jepun minggu lepas dalam satu lawatan ringkas termasuk menyaksikan perlawanan akhir Yamazaki nabisco Cup 2015 dan perlawanan J2 Mito Hollyhock, pasukan yang bakal disertainya musim 2016 secara pinjaman.

unnamed (1)

Photo credit: HAGL

“Saya kagum dengan Jepun”, kata penyerang berusia 20 tahun itu kepada Football Channel Asia. “Bandar mereka cukup bersih dan orang Jepun juga peramah, berdisiplin dan beradab”.

” Suasana J League sangat mengujakan. Penyokong bernyanyi sepanjang perlawanan dan tidak berhenti sehingga tamat perlawanan, menunggu pemain datang dan kembali ke bilik persalinan sebelum mereka pulang. Ini adalah sangat profesional.”

Bekas kapten U19 Vietnam itu mempunyai 1 tahun pengalaman dalam liga Vietnam selepas dinaikkan ke skuad senior pasukan HAGL pada 2014.

“Kelab Jepun sangat teratur dari semua segi dan merupakan salah satu liga yang terbaik di Asia.”

” Secara fizikalnya, pemain Jepun dan Vietnam tiada bezanya. Disini mereka memilih untuk bermain secara hantaran pendek dan tempo yang tinggi. Ia dilihat mudah tetapi tidak sebenarnya. Gaya permainan mereka sangat tersusun.”

3 (1)

Photo credit: HAGL

Cong Phuong berharap beliau akan menjadi pemain Vietnam kedua untuk beraksi dalam saingan J2 selepas lagenda Vietnam, Lee Cong Vinh menjadi pemain pujaan pasukan Consadole Sapporo pada 2013.

“Le Cong VInh telah memberikan saya nasihat dan tunjuk ajar bagaimana untuk menyesuaikan diri di Jepun dengan pantas.”. Pendedahan yang memberikan petunjuk jelas perpindahan beliau ke J League.

“Sejujurnya, untuk berada disini, salah satu tempat terbaik didunia dan saya harap semuanya akan lebih senang nanti”.

“Saya gembira. Saya seorang pemain yang bernasib baik untuk diberikan peluang seperti ini. Saya tidak merasakan sebarang tekanan. Sebagai pemain, saya hanya perlu keluar dan bermain sebaik mungkin, tunjukkan kepada penyokong kemampuan saya dan membantu pasukan untuk menang.”

2

Photo credit: HAGL

Cong Phuong juga mendedahkan rakan sepasukan HAGL beliau, Nguyen Tuan Anh , Luong Xuan Truong dan Nguyen Van Toan merupakan beberapa pemain yang bakal menyertai beliau dalam J League.
“Saya percaya mereka cukup bagus untuk beraksi dalam J League.”

“Mereka mempunyai skill yang bagus dan semangat yang tinggi dan ini akan membantu mereka menyesuaikan diri dalam suasana profesional seperti J League.

Semua mereka ini merupakan produk terbaik pernah dihasilkan oleh HAGL Arsenal JMG Academy.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments