Dundee United Pasukan Baru Eiji Kawashima
|
Eiji Kawashima yang tidak beraksi untuk mana-mana kelab beberapa bulan lalu, kini mampu menarik nafas lega apabila Dundee United bersetuju untuk mengambil beliau sebagai penjaga gol utama pasukan itu.
Beliau dilihat berada di Tannadice apabila pasukan yang digelar Terrors itu menang 1-0 keatas Ross County, kemenangan kedua mereka dalam saingan Liga Perdana Scotland. Dunndee United berada ditangga ke 12 liga selepas 13 perlawanan dengan 2 kali menang, 2 seri dan 9 kekalahan.
Menurut sumber, pihak kelab telah pun memohon permit pekerjaan beliau tetapi dijangkakan Eiji Kawashima tidak sempat untuk beraksi dalam pertemuan menentang Aberdeen, Sabtu ini.
Sebelum ke Scotland, Eiji Kawashima beraksi untuk Omiya Ardija, Nagoya Grampus, Kawasaki Frontale, Lierse dan Standard Liege.
Next : Rastar Group Ambil Alih 56% Saham Espanyol Dengan Nilai £14 Juta