Rastar Group Ambil Alih 56% Saham Espanyol Dengan Nilai £14 Juta

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
espanyol

Sebuah syarikat gergasi dari China, Rastar Group telah bersetuju untuk mengambil alih pasukan ditangga ke-10 La Liga, Espanyol, apabila membeli 56% peratus saham kelab dari Catalonia itu dengan nilai £14 juta.

Secara asasnya, Rastar Group akan membayar £55 sesaham dengan 56% pegangan dan dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya £10-£14 juta. Menurut wakil syarikat itu, mereka akan membayar semua jumlah tersebut secara tunai.

“Syarikat kami berharap dengan pembelian ini akan membolehkan kami meluaskan lagi perniagaan hiburan interaktif dalam bidang sukan.”

Selepas menguasai pegangan majoriti dalam kelab itu, Rastar Group akan menambah pelaburan mereka kepada Espanyol, dengan menyediakan dana sebanyak £32 juta bagi kegunaan kelab.

Bulan lalu, CEFC China Energy telah membeli pegangan majoriti dalam kelan Slavia Prague, salah sebuah kelab tertua di Czech Republik.

Manakala konglomerat hartanah China, Dalian Wanda Group Corp. juga telah membeli 20% pegangan dalam kelab Atletico Madrid dengan nilai €45 juta awal tahun ini.

comments