Stadium Bukit Jalil Dinaik Taraf Dengan Jumlah RM1.6 bilion

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
11116363_1034302486594635_5915332613893952028_o

Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), menerusi anak syarikatnya, Rukun Juang Sdn Bhd (RJSB), dilantik untuk membangunkan semula Kompleks Sukan Bukit Jalil, menjadi sebuah kompleks sukan baru yang diberi nama Kuala Lumpur Sports City (KL Sports City), yang dijangkakan bernilai RM1.6 bilion.

Projek ini akan menjadikan kawasan sekarang sebagai hub sukan bukan sahaja kepada atlet, malahan ianya terbuka kepada orang awam.

12191723_1034302553261295_225773847663192086_n

Dalam Projek Fasa 1, kerja pembangunan akan membabitkan Stadium Putra, Pusat Akuatik Nasional dan Stadium Hoki Nasional, akan meningkatkan kemudahan bersepadu termasuk laluan pengangkutan awam dan laluan pejalan kaki di seluruh kawasan tersebut. Fasa 1 ini akan bermula pada Januari 2016 dan akan berakhir pada 2017 dimana Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA.

Projek Fasa 2 akan bermula pada 2018, akan mewujudkan KL Sports City, hab sukan bersepadu sepenuhnya yang merangkumi kemudahan bertaraf dunia termasuk kemudahan latihan sukan berprestasi tinggi, Pusat Rehabilitasi Sains Sukan, Youth Park, kemudahan sukan awam, Muzium Sukan, Youth Hostel, pusat konvensyen dan pusat beli-belah berkaitan sukan.

12122896_1034302499927967_1896358271824732889_n

Populous, sebuah firma rekaan antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat telah dipilih untuk mereka bentuk projek naik taraf Kompleks Sukan Bukit Jalil kepada KL Sport City ini. Diantara hasil kerja firma ini adalah Stadium Emirates (Arsenal), Stadium Etihad ( Manchester City ), Soccer City Johannesburg dan banyak lagi stadium bola sepak terkenal dunia yang lain.

12196054_1034302479927969_208490638925441705_n

Bagi kami, selaras dengan projek naik taraf ini, aspek padang yang berkualiti tinggi juga perlu ditekankan bagi membolehkan ia mencapai taraf sebagai sebuah stadium nasional. Isu utama Stadium Bukit Jalil adalah kualiti padang yang tidak pernah menggembirakan semua pihak. Jadi, dengan adanya projek ini, kami mahu melihat padang Stadium Nasional perlu bertaraf Piala Dunia selari dengan penjenamaan semula dengan nama KL Sports City menjelang 2020.

 

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments