Pemain Bola Sepak Mongolia Ditipu Ejen Palsu Melalui Facebook

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Ochiroo1

Satu kutipan amal untuk membantu Ochiroo Batbold, pemain muda dari kelab amatur, Bayangol, telah ditipu oleh seorang ejen palsu melalui Facebook sebanyak $6,000 ( RM24,000 ).

Penyokong Manchester United itu memberitahu bahawa dia telah dihubungi oleh seorang lelaki yang mendakwa mempunyai “cable” dengan kelab Liga Inggeris, West Ham United dan kelab MLS, LA Galaxy. Ejen itu juga menyatakan telah melihat aksi Ochiroo Batbold melalui video dan mempengaruhinya untuk menjalani “trial” bersama LA Galaxy.

Ochiroo Batbold,17 tahun, telah diminta untuk membuat bayaran sebanyak $6,000, satu jumlah yang melebihi pendapatan setahun keluarganya, untuk menjamin tempatnya bersama kelab dari Amerika Syarikat tersebut. Penipuan itu terbongkar apabila Ochiroo Batbold menunjukkan kontrak palsu yang diberikan ejen tersebut kepada salah seorang staf kelab Bayangol. Pemain muda itu juga diminta untuk membayar wang untuk insurans kecederaan semasa “trial” nanti.

Ochiroo2

Ochiroo Batbold yang berkongsi rumah satu bilik bersama 3 lagi ahli keluarganya di Ulan Bator dan ibu bapanya telah membuat pinjaman wang semata-mata untuk membayar ejen terbabit dengan harapan ia mampu mencerahkan masa depan anaknya dalam bola sepak. Mereka sekarang berhadapan risiko untuk kehilangan tempat tinggal mereka jika tidak mampu mengumpul jumlah bayaran pinjaman sebanyak $6,000.

Paul Watson, pengasas bersama kelab Bayangol pada 2013 berkata, “Kita berharap dengan kutipan ini mampu memberikan peluang kedua bagi Ochiroo Batbold.”

“Sekarang dia sangat tertekan dan keluarganya cukup terdesak untuk membayar kembali pinjaman. Dia sudah tidak mahu bermain bola sepak disebabkan perkara ini. Dipihak kelab, kita cuba membantu semampu yang boleh tetapi kami juga ingin mendapatkan sumbangan dari pencinta bola sepak diluar.”

School 107 Ochiroo

“Kami diberitahu Ochiroo selalu berlatih bersendirian pada jam 6 pagi dalam keadaan suhu -20 Celcius pada musim sejuk di Ulan Bator. Sekolah telah memberikannya kunci, supaya beliau dapat membuka dan menggunakan gym serta menyepak bola ke dinding dipadang.

” Kami telah melawatnya dan tekesan dengan potensi dan semangat pemain muda ini. Idolanya adalah Wayne Rooney dan beliau sentiasa memakai jersi Manchester United serta menyaksikan perlawanan bola sepak disebuah kafe sukan di Ulan Bator.

“Ochiroo menyertai kelab kami 2 tahun lalu dan beliau adalah pemain yang paling berdedikasi. Dia merupakan pemain pertama ke padang latihan dan yang paling lambat balik dari latihan. Semua orang menyukai beliau. Dia juga merupakan anggota penting pasukan dan kami telah menjuarai Mongolian Amatuer Championship tahun ini.

Jumalah kutipan setakat ini boleh dilihat di https://crowdfunding.justgiving.com/helpochiroo

 

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments