Shunsuke Nakamura Menyeru Pemain Thailand Untuk Beraksi Dalam J League

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
20131210_nakamura_kd

Pemain veteran Jepun, Shunsuke Nakamura dan Manabu Saito menyeru pemain-pemain liga Thailand untuk cuba beraksi dalam J League.

Nakamura merupakan seorang pakar sepakan bebas dan pernah beraksi dengan beberapa kelab terkemuka dunia seperti Glasgow Celtic di Scotland dan Espanyol di Sepanyol. Beliau berkata demikian dalam satu temuramah khas media Thailand bersamanya minggu lalu.

“Saya tahu J1 League disiarkan secara langsung di Thailand dan mempunyai ramai pengikut. Saya harap mereka dapat memberikan kami sokongan untuk mengejar kejuaraan.”

“Saya juga ingin meyakinkan pemain-pemain Thailand supaya datang beraksi di Jepun.”

Manabu Saito yang juga “vice-captain” Yokohama F Marinos berkata, “Dari aspek profesional, ramai pemain bola sepak Jepun mahu pemain Thailand bermain dengan kami. Mereka memiliki kemahiran teknikal yang bagus dan sangat profesional.”

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments