Reaksi Chan Vathanaka Selepas Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke J League

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Chan-Vathanaka

Penyerang mudah Kemboja berusia 21 tahun, Chan Vathanaka, dilaporkan mendapat perhatian dari sebuah kelab J League selepas prestasi hebat pemain ini dalam saingan liga dan juga negara.

Khabar angin itu mula tersebar selepas kelab beliau sekarang, Boeung Ket Angkor dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan sebuah kelab Jepun yang dirahsiakan namanya beberapa hari lalu, menurut laman web bola sepak Kemboja, We Are Football.

“Saya sangat teruja dengan berita itu, dan memang impian saya untuk beraksi di J League”, kata Chan Vathanaka.

Chan Vathanaka, dilihat sebagai seorang pemain yang hebat pernah dilahirkan oleh Kemboja dan rekod 35 jaringan liga musim 2015 dan 55 gol keseluruhannya musim ini merupakan satu pencapaian yang tidak dapat dilakukan mana-mana pemain di rantau ASEAN sekarang.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments