Video: Latihan Penjaga Gol Pasukan Walsall FC, Kelab Divisyen 3 England.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
2E1E4FED00000578-3304585-image-m-36_1446686145091

Penjaga gol utama kelab Walsall FC yang juga pemain kebangsaan Filipina, Neil Etheridge mendapat perhatian sebahagian besar peminat bola sepak dunia apabila laman sosial rasmi Walsall FC memuatnaik video tersebut melalui akaun twitter mereka.

Video ini menjadi tumpuan kerana Walsall FC buat pertama kali mendedahkan bagaimana latihan bagi penjaga gol menjelang hari perlawanan dan ia dilihat seperti “menyeksakan”.

Latihan Penjaga Gol Kelab Walsal FC, Neil Etheridge Penjaga Gol Filipina from Football Channel Malaysia on Vimeo.

Neil Etheridge memulakan karier profesionalnya bersama Fulham dan banyak kali dipinjamkan ke pasukan lain seperti Leatherhead, Bristol Rovers dan Crewe Alexandra. Selepas itu, beliau menyertai Oldham Athletics dan sekali lagi dipinjamkan ke Charlton Athletics. Musim ini Neil Etheridge beraksi bersama skuad “The Saddlers” dengan kontrak selama 2 tahun.

Inilah penjaga gol pasukan yang mempunyai ranking terbaik di rantau Asia Tenggara, Filipina ditangga 137.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments