AFF Cadangkan Sukan SEA 2017 Untuk Pemain Bola Sepak U21

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
azzudin-ahmad-fam

Asean Football Federation (AFF) akan mencadangkan kepada Persekutuan Sukan SEA (SGF) bagi menjadikan sukan bola sepak pada Sukan SEA 2017 nanti adalah untuk pasukan U21 sahaja dan bukan lagi U23.

Setiausaha Agung AFF, datuk Azzudin Ahmad menerangkan antara sebab utama penukaran ini adalah untuk “meneruskan kesinambungan pembangunan bakat remaja dirantau ASEAN khususnya”.

Dibawah AFF sekarang, hanya terdapat kejohanan untuk U17, U19 bagi kategori bawah umur dan AFF Suzuki Cup adlah untuk pasukan senior, tetapi tiada sebarang kejohanan untuk pasukan U21.

“Kami merasakan terdapat satu ruang “kosong” bagi peringkat umur U21 dan kami melihat Sukan SEA merupakan satu jalan untuk menyelesaikannya. Selain itu juga, Sukan SEA boleh dijadikan sebagai medan persediaan bagi pasukan-pasukan ASEAN yang akan menghadapi kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments