Kobert Taja Pasukan Terengganu FA Mulai 2016

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
20151105-MOU-SPONSORSHIP-PBSNT-KOBERTBELL

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menandatangani satu Memorandum Persefahaman bersama dengan Kobertbell Global Marketing Sdn Bhd yang akan menaja semua kelengkapan untuk pasukan Terengganu bermula dari musim 2016 yang akan datang.

Penajaan tersebut akan menyaksikan tiga skuad Terengganu (senior, bawah 21 tahun dan bawah 19 tahun) akan menggunakan jenama Kobert dalam setiap perlawanan mereka musim hadapan dengan jumlah penajaan yang menghampiri jumlah setengah juta Ringgit semusim selama dua musim.

Mengulas mengenai persetujuan PBSNT menerima tajaan dari pihak Kobertbell, Presiden PBSNT, Dato’ Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata ianya ialah berdasarkan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak Kobertbell di samping ianya juga jenama yang berasal dari Terengganu menyebabkan PBSNT terpanggil untuk membawa jenama Kobert ini lebih jauh dalam senario sukan, bukan sahaja di Malaysia malah juga peringkat antarabangsa.

Dato’ Wan Ahmad Nizam juga memaklumkan bahawa jersi-jersi Sang Penyu musim hadapan juga akan dijenamakan semula dengan mengambil sempena ‘hashtag’ Semangat Kebanggaan dan Keberanian yang sudah digunakan sejak awal musim ini lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kobertbell Marketing Sdn Bhd, Mohamad Faeez berkata bahawa keinginan untuk menaja PBSNT sudah timbul sejak musim 2010 apabila mendengar keluhan para penyokong yang sukar mendapatkan jersi yang ditaja oleh sebuah jenama luar negara ketika itu.

12033014_823037267794481_3266820493591026774_n

Namun dia sedar bahawa bukan senang untuk terus menjadi penaja PBSNT lantas dia bermula dengan menaja skuad hoki Terengganuu Hockey Team (THT) dan membina jenama tersebut dari situ. Profil Kobert semakin meningkat selepas kejayaan THT menjadi juara berganda sebanyak dua kali Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL) dan juga menjadi pakaian rasmi untuk skuad bawah 21 tahun pasukan hoki kebangsaan.

Dengan kejayaan-kejayaan tersebut, maka diharapkan kombinasi PBSNT bersama Kobert turut akanmembawa kejayaan kepada pasukan Terengganu di musim-musim yang akan datang.

Sumber: TerengganuFA.my

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments