Alexandre Pato Sertai Liverpool Dari Sao Paulo Januari 2016?

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Sao-Paulo-x-Portuguesa

Bekas penyerang AC Milan, Alexandre Pato dikhabarkan akan melengkapkan perpindahannya ke Liverpool dari kelab tersohor Brazil, Corinthians , apabila pintu perpindahan dibuka Januari 2016 nanti.

Pato sekarang masih beraksi bersama Sao Paulo secara pinjaman dari Corinthians berkata, beliau tidak mahu melanjutkan kontrak pinjamana bersama kelab itu dan mahu beraksi samada di England atau Sepanyol.

Jurulatih baru Liverpool, Jurgen Klopp masih mencari alternatif baru bahagian serangan selepas kehilangan 2 pemain penting mereka, Daniel Sturridge dan Danny Ings kerana masalah kecederaan serius dan kehadiran Pato dilihat untuk memulihkan kembali jentera serangan Liverpool secepat mungkin.

Turut menguatkan lagi berita ini apabila president Corinthians, Robero de Andrade, memberitahu Alexandre Pato akan menyertai Liverpool selepas kontrak pinjaman bersama Sao Paolo tamat Disember nanti. Jika ini menjadi kenyataan, Pato merupakan pemain pertama dibawa masuk oleh Jurgen Klopp selepas mengambil alih tugas pengurus Liverpool.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments