Jamie Vardy Cipta Sejarah Menjaringkan Gol Dalam 9 Perlawanan Berturut-turut Semusim
|
Penyerang berbahaya Leceister City, Jamie Vardy sudah mencipta sejarah sebagai pemain pertama menjaringkan gol dalam 9 perlawanan berturut-turut pada musim yang sama.
Gol Jamie Vardy yang ke 12 musim ini itu adalah hasil sepakan penalti selepas beliau dikasari oleh penjaga gol Watford, Heurelho Gomes.
Ruud Van Nistelrooy melakukan jaringan dalam 10 perlawanan berturut-turut tetapi setelah dikira untuk musim 2002 dan 2003 ketika beraksi bersama Manchester United. Nistelrooy dan Daniel Sturridge (Liverpool) melakukan rekod pada musim 2002 dan 2014, apabila kedua-dua pemain ini menjaringkan gol dalam 8 perlawanan berturut-turut.
Selain itu, sebagai rekod, Mark Stein (Chelsea), Ian Wright, Emmanuel Adebayor and Thierry Henry (Arsenal), Alan Shearer (Newcastle) masing-masing menjaringkan gol dalam 7 perlawanan berturut-turut.
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : Alexandre Pato Sertai Liverpool Dari Sao Paulo Januari 2016?