Swansea Tamatkan Kontrak Michu Perez Cuesta Lebih Awal

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
1B1ADC88000005DC-0-image-a-37_1447082655421

Fakta:

  1. Swansea telah menamatkan kontrak bersama Michu
  2. Penyerang berusia 29 tahun itu menjaringkan 22 gol pada musim pertama di Liberty Stadium.
  3. Michu dibelenggu kecederaan buku lali yang sangat serius dan tidak berjaya menonjol semasa di Napoli secara pinjaman.
  4. Swansea telah bersetuju untuk memberikan pampasan.

Swansea dalam kenyataan semalam menyatakan bahawa mereka telah mencapai persetujuan pampasan yang perlu dibayar kepada Michu bagi menamatkan kontrak lebih awal dari sepatutnya – akhir musim ini.

2E1A4C4700000578-3303742-image-a-37_1446650499804

Pemain dari Sepanyol ini dilaporkan menerima £40,000 seminggu dan jika dikira, jumlah pampasan yang perlu diberikan bernilai lebih £1 juta. Namun Swansea telah berjaya mendapat persetujuan untuk membayar pampasan dengan nilai yang jauh lebih rendah, Michu juga baru-baru ini dilihat sedang berlatih bersama sebuah kelab divisyen 4 Sepanyol, Union Langreo, yang dikendalikan oleh abangnya sendiri, Hernan Perez.

entrenamiento del langreo 21/10/2015 foto: Juan Carlos Román

entrenamiento del langreo 21/10/2015 foto: Juan Carlos Román

Musim lalu, Michu menyertai Napoli secraa pinjaman selepas menghantar surat untuk dilepaskan, namun beliau gagal untuk menjaringkan gol di Itali disebabkan masalah kecederaan yang berterusan. Beliau pernah diletakkan sebagai pemain yang bernilai £30 juta oleh president Swansea, Heu Jenkins, selepas prestasi menakjubkan beliau dibawah bimbingan Micheal Laundrup musim 2012-2013.

 

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments