Hasan Sunny Sambung Kontrak 2 Tahun Bersama Army United Dalam Liga Thailand

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
yknhj1e41f0c1q6453hlmy5nt

Penjaga gol antarabangsa Singapura, Hasan Sunny, telah bersetuju untuk menyambung kontrak baru bersama Army United dalam liga bola sepak Thailand selama 2 tahun.

Berusia 31 tahun, Hasan telah menjadi bualan peminat Army United selepas berjaya mempamerkan aksi cukup memukau sejak menyertai skuad “Gentlemen Rangers” dari Warriors FC, awal tahun ini. Bekas pemain terbaik S-League 2014 ini juga memberitahu bahawa, 3 bulan pertama beliau bersama skuad Army United cukup mencabar dirinya, namun berkat kesabaran dan usaha yang gigih, beliau mampu mengatasi semua masalah itu.

“Semuanya bergantung kepada jurulatih. Di kelab saya, walaupun saya seorang pemain import, tetapi itu bukan menjamin tempat saya dalam kesebelasan utama.

Hasan juga menyeru kepada Izwan Mahbud dan Zaiful Nizam untuk berusaha untuk beraksi diluar negara.

“Izwan dan Zaiful sudah mampu beraksi dengan baik di Thailand…Bagi saya, kerja keras itu adalah kunci utama.”. kata Hasan Sunny.

comments