Kazuyoshi Miura Sambung Kontrak Bersama Yokohama FC Pada Usia 48 Tahun

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
kazu-miura

Penyerang legenda Jepun, Kazuyoshi “KING” Miura, telah bersetuju untuk menyambung kontrak bersama Yokohama FC musim 2016.

Majlis menandatangi kontrak baru itu dilakukan hari ini 11 November 2015, pada jam 11:11 pagi waktu tempatan, simbolik kepada jersi 11 yang diberikan kepada beliau. Musim ini Kazu telah menjaringkan 3 gol bagi pasukan Yokohama FC dan 2 kali memperbaharui rekod sebagai penjaring gol paling tua dalam J League.

Februari 2016, Kazu akan mencapai usia 49 tahun tetapi masih lagi berusaha kuat untuk bersaing dengan bakat muda dalam pasukannya. Ini bermakna, peminat beliau masih berpeluang untuk melihat aksi “Kazu Dance” pada musim 2016 jika beliau menjaringkan gol lagi.

comments