Melaka United: Bajet RM11 Juta Untuk Saingan Liga Perdana 2016

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
12234846_1731644643730270_7330751456735941856_n

Melaka United mempunyai bajet sekurang-kurangnya RM11 juta bagi mempersiapkan pasukan untuk bersaing dalam Liga Perdana 2016. Jumlah itu termasuk perbelanjaan untuk pengurusan dan gaji pemain import yang akan dipilih nanti.

Menurut Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, beberapa orang pemain dari pasukan Liga Super dan Liga Perdana dijangka akan menyertai Melaka United pada musim 2016.

“RM8 juta sudah dipersiapkan bagi belanja untuk nama-nama besar tempat yang menyertai Melaka United”, tambah beliau lagi.

11

Presiden MUSA, Datuk Seri Idris Harun, mahu melihat pasukan Melaka United baeraksi dalam saingan Piala Malaysia musim hadapan, namun mereka sekurang-kurangnya mahu berada dalam kelompok 4 pasukan teratas Liga Perdana 2016 dan jika layak ke Liga Super 2017, ia merupakan satu bonus.

Pemain-pemain import yang bakal dipilih sedang menjalani ujian termasuk dari Korea Selatan, Jepun, Nigeria, Australia dan Sweden. Sementara bagi pemain tempatan, 7 pemain musim lalu dikekalkan termasuk penjaring terbanyak pasukan Melaka United, Nur Syamil Abd Ghani.

comments