Zlatan Ibrahimovic Dinobatkan Sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Sweden Kali Ke 10
|
Semalam, penyerang Paris Saint German (PSG), Zlatan Ibrahimovic, telah dinobatkan sebagai pemain terbaik tahunan Sweden buat kali ke 10. Anugerah “Guldbollen” itu telah dimenangi oleh Zlatan selama 9 tahun berturut-turut sejak tahun 2006.
Jika tidak kerana Fredrick Ljungberg menang anugerah ini pada 2006, Zlatan Ibrahimovic mungkin telah memenanginya secara berturut-turut selama 10 tahun.
Selain itu, pada majlis yang sama, Zlatan telah meminta rakan sepasukannya untuk memberikan fokus 100% kepada perlawanan play-off EURO2016 bertemu Denmark. Perlawanan ini penting bagi skuad Sweden jika mahu tampil ke peringkat tertinggi eropah itu. Zlatan juga mahukan skuad U21 Sweden yang telah mempamerkan aksi cemerlang dengan menjuarai Piala Kejuaraan Eropah musim panas yang lalu. untuk beriap desia bagi menerima tanggungjawab yang lebih berat selepas beliau dan rakan sepasukan bersara nanti.
Berikut adlaah senarai pemenang GuldBollen sejak tahun 2000:
- 2000: Magnus Hedman
- 2001: Patrik Andersson
- 2002: Fredrik Ljungberg
- 2003: Olof Mellberg
- 2004: Henrik Larsson
- 2005: Zlatan Ibrahimovic
- 2006: Fredrik Ljungberg
- 2007: Zlatan Ibrahimovic
- 2008: Zlatan Ibrahimovic
- 2009: Zlatan Ibrahimovic
- 2010: Zlatan Ibrahimovic
- 2011: Zlatan Ibrahimovic
- 2012: Zlatan Ibrahimovic
- 2013: Zlatan Ibrahimovic
- 2014: Zlatan Ibrahimovic
- 2015: Zlatan Ibrahimovic
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : Kazuyoshi Miura Sambung Kontrak Bersama Yokohama FC Pada Usia 48 Tahun