Presiden Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) Melawat Stadium Larkin
|
Daini Kuniya, presiden Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) melawat fasiliti pasukan JDT, Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin hari ini mengikut laporan dari Johor Southern Tigers.
Stadium ini akan kekal sebagai satu sejarah dalam bola sepak Jepun apabila skuad Samurai Blue mengesahkan penyertaan pertama mereka dalam edisi Piala Dunia 1998.
Daini Kuniya merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mempengaruhi Presiden JFA pada masa itu, Ken Naganuma dan Timbalan Presiden, Saburo Kawabuchi dan Setiusaha Agung, Ogura bagi menggantikan pengurus skuad kebangsaan Jepun, Shu Kamo (1994-1997) dengan Takeshi Okada.

Juara Kejohanan Universiti Jepun 1969
Daini Kuniya juga merupakan bekas pelajar University Keio dan pernah menjuarai Kejohanan Bola Sepak Universiti Jepun pada 1969.
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : Malaysia Tepati Sasaran Penyokong, Dibelasah 6-0 Oleh Palestin