Thailand Bakal Terima Bonus RM3.56 Juta Jika Layak Ke Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
2040500_full-lnd

Persatuan Bola Sepak Thailand semalam menegaskan sekali lagi bahawa mereka tetap akan memberikan bonus 30 Juta Baht (RM3.65 Juta)  kepada pasukan Thailand jika mereka berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018 peringkat Asia.

Dalam saingan kumpulan F, Thailand berada ditempat pertama dengan 10 mata hasil 3 kemenangan dan 1 seri, 5 mata meninggalkan pasukan ditempat kedua, Iraq.

“Saya jamin bonus tersebut sudah tersedia untuk mereka. Tidak perlu risau lagi.”kata Col Worawut.

“Kita hanya dijarakkan dengan 180 minit sahaja untuk mengesahkan kedudukan dalam pusingan akhir itu nanti.” jelas beliau lagi.

fr

Menurut beliau lagi, pemain Thailand akan diberikan hadiah sebelum perlawanan bertemu Taiwan iaitu berupa jam Mini bernilai 40,000 baht (RM4,800).

Kami mahu seluruh rakyat Thailand gembira dan bangga. Kami tahu mereka akan berasa bangga.

Walaupun Thailand dihimpit pelbagai permasalahan sehingga presiden mereka digantung 90 hari oleh FIFA, namun usaha untuk terus membawa nama Thailand ke peringkat dunia masih utuh dibawah Col Worawut.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments