Bekas Jurulatih Pasukan Indonesia U23, Rahmad Darmawan Ketua Jurulatih Baru T-Team
|
Bekas jurulatih skuad Indonesia U23, Rahmad Darmawan, telah dilantik sebagai ketua jurulatih baru pasukan Liga Perdana 2016, T-Team.
Rahmad Darmawan, 48, sebelum ini merupakan jurulatih pasukan Persija Jakarta, dan tidak melatih mana-mana pasukan sejak bulan Mei 2015 selepas liga Indonesia digantung oleh FIFA, berikutan beberapa isu berkenaan organisasi bola sepak negara itu. Beliau akan menggantikan jurulatih T-Team dari Croatia, Tomislav Steinbrucker yang tidak disambung kontrak oleh pengurusan kelab berpangkalan di Terengganu itu.
Sepanjang berkhidmat sebagai jurulatih, Rahmad pernah membawa pasukannya juara liga Indonesia 2 kali bersama Persipura Jayapura dan Sriwijaya pada 2005 dan 2008.
“Saya akan memulakan tugas saya bersama T-Team mulai Disember.”,katanya selepas menandatangani kontrak selama 2 tahun.
Next : Omiya Ardija Juara J2 League 2015