Omiya Ardija Juara J2 League 2015

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
20151114_j2_03

Pasukan berpangkalan di Saitama, Omiya Ardija, mengesahkan kedudukan selaku juara mutlak J2 league 2015 selepas kemenangan 3-2 keatas Oita Trinita pada perlawanan ke 41.

Skuad ini berjaya mengutip 83 mata hasil dari 25 kemenangan, 8 seri dan 8 kalah, meninggalkan Jubilo Iwata dan Avispa Fukuoka di tempat kedua dan ketiga ketika perlawanan berbaki 1 perlawanan.

d

Jubilo dan Avispa mempunyai jumlah mata yang sama ,79 mata, hanya dibezakan dengan perbezaan 5 gol, akan berentap pada perlawanan terakhir untuk menentukan pasukan mana yang akan memperolehi tempat kedua seterusnya layak secara automatik ke J1 musim 2016.

20151114_playoff_03

Selain itu, 7 lagi pasukan masih berpeluang untuk layak ke J1 League melalui play-off yang akan ditentukan berdasarkan kepada kedudukan akhir kelab dalam saingan J2 League. Pasukan ditempat ke 3 hingga ke 6 akan berentap bagi menentukan pasukan mana yang akan layak ke J1 League. Jika tiada pasukan dalam saingan play-off memiliki lesen J1, pasukan ke 16 J1 akan kekal dan jika juara dan naib juara J2 tidak mempunyai lesen J1, pasukan tempat ketiga dan kebawah akan dipilih untuk ke saingan J1.

Pasukan ditempat ke 3 akan bertemu pasukan ditempat ke 6 dan pasukan ditempat ke 4 akan bertemu pasukan ditempat ke 5. Pasukan yang menang dalam kedua-dua perlawanan akan berentap dalam perlawanan akhir play-off pada 6 Disember 2015 di yanmar Stadium, Osaka.

comments