10 Pemain Yang Beraksi Cemerlang Pada Musim Pertama Dan “Hilang” Pada Musim Kedua

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0

 02EE5E420000044D-3315791-image-a-3_1447426240959

8) Collins John

Ditandatangan oleh Chris Coleman pada umur 18 tahun sekitar January 2004, dan beliau mengambil masa agak singkat untuk  berjaya menampilkan persembahan bertenaga pada musim 2005-2006.

Beliau menjadi penjaring terbanyak Fulham selepas menjaringkan 11 gol dala, 15 perlawanan dan hanya 2 pemain melakukan perkara sama di Fulham iaitu Clint Dempsey dan Dimitar Berbatov.

Segalanya seperti indah selepas beliau meninggalkan pasukan remaja dan ramai beranggapan Collins John akan meneruskan reputasi terbaik di peringkat tertinggi liga namun selepas Laurie Sanchez mengambil alih tugas Coleman, John hanya menjaringkan 1 gol dari 29 penampilan.

Penyerang muda Belanda ini menghabiskan sisa kontraknya bersama Fulham dengan beraksi secara pinjaman di beberapa buah kelab seperti Leicester, Watford dan NEC Nijmegen, Semasa beraksi di tiga buah kelab ini, John hanya mampu menjaringkan 4 gol keseluruhannya!

Selepas beraksi bersama NEC, John telah bermain dengan 7 buah kelab berbeza dari 2009 – 2014 termasuk bersama Chicago Fire dan Barnet. Kelab terbaru beliau adalah Pittsburgh Riverhounds, pasukan yang beraksi dalam divisyen dua Amerika Syarikat.

comments