Penyerang Persib Bandung, Makan Konate Bakal Sertai Pasukan Liga Malaysia Musim 2016
|
Menurut portal rasmi Persib Bandung, penyerang utama mereka dari Mali, Konate Makan akan menyertai sebuah pasukan dari Liga Malaysia pada musim 2016.
Berita perpindahan telah dinyatakan oleh Konate sendiri apabila memberitahu bahawa agennya sedang menguruskan proses perpindahannya ke sebuah pasukan di Malaysia. Masih belum dapat dipastikan pasukan mana tetapi dijangkan sebuah pasukan dari Pantai Timur atau Utara akan menggunakan khidmat pemain ini.
Alasan utama perpindahan Konate adalah kerana permasalahan bola sepak di Indonesia terutama penggantungan oleh FIFA terhadap PSSI yang menyebabkan beliau terasa kurang selesa selaku pemain.
Konate juga pernah membantu Persib Bandung menjuarai Indonesia Super League pada 2014. Beliau menyertai Persib Bandung pada 2013 dengan kontrak selama 2 tahun.
Next : Pemain Yang Digantung Seumur Hidup, Mahmoud El Ali, Sertai Pasukan Persela Lamongan