Pasukan Kelab J League U23 Sertai J3 League Mulai Musim 2016

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
12561_ext_04_0

Selepas mesyuarat teringgi J League diadakan semalam di JFA House, Tokyo, J League telah menetapkan bahawa 4 pasukan dari J1 dan J2 U23 akan menyertai J3 League mulai musim 2016, selain pasukan pilihan J League U22, yang akan menjadikan jumlah pasukan yang bakal beraksi dalam liga divisyen 3 Jepun itu kepada 18 pasukan.

4 pasukan U23 yang akan menyertai J3 League itu dibenarkan untuk membawa 4 pemain senior kelab masing-masing termasuk seorang penjaga gol. Untuk masa sekarang, pasukan U23 ini tidak akan dinaikkan ke J2 jika mereka berjaya menjadi juara liga J3.

Menurut Pengerusi J League, Mitsuru Murai, kelab J3 akan mempunyai saingan baru untuk maju ke divisyen yang lebih tinggi dan bagi pemain U23 pula, ini merupakan salah satu pendedahan yang lebih kepada mereka untuk mempamerkan keupayaan untuk beraksi diperingkat lebih tinggi.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

 

comments