Pemain Yang Digantung Seumur Hidup, Mahmoud El Ali, Sertai Pasukan Persela Lamongan

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
mahmoud-el-ali_b87db51

Penyerang Lebanon yang digantung seumur hidup, Mahmoud El Ali, kembali beraksi apabila menyertai kelab Liga Indonesia, Persela Lamongan.

Beliau digantung oleh FIFA seumur hidup apabila didapati bersalah dalam beberapa kes mengatur keputusan perlawanan pasukan kelab dari Lebanon dan juga pasukan negara. Turut terlibat dalam penggantungan itu adalah Ramez Dayoub, bekas pemain pertahanan pasukan Selangor.

Menurut Arif Bactiar, pegawai media pasukan Persela Lamongan,” Sebenarnya kami tahu mengenai status penggantungan El Ali oleh FIFA kerana mengatur keputusan perlawanan. Namun kami sangat memerlukan penyerang yang berkualiti untuk bergandingan bersama Bijahil Chalwa dalam kejohanan Piala Jenaral Sudirman (PJS).”

20130224_Persiba_Syakir_Sulaiman_dan_Mahmoud_El_Ali_vs_Persepam_4852

“PSSI sudah digantung oleh FIFA dan pemain itu juga telah digantung FIFA, jadi siapa yang mahu digantung lagi ?”, jelasnya lagi.

Pengurus Persela Lamongan,  Edy Yunan Achmadi pula memberitahu, kejohanan ini tiada kaitan dengan PSSI dan FIFA justeru El Ali layak bermain dengan kami.

CEO Mahaka Sports and Entertainment, Hasani Abdulgani pula menyatakan bahawa “Dalam peraturan kejohanan mereka itu tidak ada dinyatakan perkara berkaitan penggantungan pemain dan sebagainya. Peraturan yang dibuat adalah lebih kepada disiplin pemain sahaja. Selain itu kejohanan ini juga tiada dalam kalendar FIFA. Jadi tiada masalah.”

[UPDATE] Namun begitu, pihak Panitia Pelaksana (PanPel) baru sahaja mengeluarkan surat pengesahan dimana Persela Lamongan tidak dibenarkan untuk menggunakan El Ali dalam perlawanan seterusnya. Surat 371/MS-EventXI/2015 sudah pun diterima pihak pengurusan Laskar Joko Tingkir itu.

Mereka memberi kebenaran khas kepada Persela untuk mencari pengganti El Ali secepat mungkin untuk menghadapi cabaran dalam PJS.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments