Malaysia Tampil Persembahan Lebih Baik, Tewas 1-2 Kepada UAE

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
SFI_7742

Dua bulan lepas, Malaysia mencipta sejarah kekalahan terbesarnya apabila tewas 10-0 kepada UAE.

Kekalahan itu nyata memberangkan penyokong Malaysia yang diketuai oleh Ultras Malaya sehingga mendorong mereka untuk membuat kacau dalam perlawanan Malaysia seterusnya, menentang Arab Saudi di Shah Alam.

Kekacauan dalam perlawanan itu mendorong FIFA untuk mendenda FAM dengan hukuman bermain tanpa penyokong semasa menentang UAE di halaman sendiri.

Siapa sangka – bermain tanpa penyokong – itulah yang diperlukan oleh Malaysia untuk mempamerkan persembahan yang lebih baik ketika menentang UAE semalam.

5 hari sebelum perlawanan semalam, Malaysia dibelasah 0-6 oleh Palestin.

Ketika penyokong Malaysia menjangka satu lagi keputusan memalukan, Harimau Malaya tampil memberikan persembahan defensif yang lebih baik.

Pemain kebangsaan masih lagi menunjukkan tanda-tanda cuai seperti yang dipamerkan melalui clearance lemah Azammudin Akil pada minit 22′ yang menghasilkan gol jarak jauh cantik dari Omar Abdulrahman.

Tetapi mereka tetap fokus mempamerkan organisasi pertahanan yang lebih baik. Pujian harus diberikan kepada Ronny Harun dan Fazly Mazlan yang mempamerkan persembahan defensif yang lebih baik.

SFI_7708

Kecuaian kedua Malaysia muncul 7 minit selepas separuh masa kedua. Ahmed Khalil memecah perangkap ofsaid Malaysia untuk tidak mempunyai masalah menambah gol ke-10 peribadinya dalam kelayakan Piala Dunia 2018 zon Asia.

Malaysia merapatkan jurang pada minit 59′ selepas Badrol Bakhtiar menanduk masuk sepakan percuma Safiq Rahim.

SFI_7697

Selepas gol Badrol, UAE nampak lebih selesa mempertahankan kedudukan daripada menjaringkan lebih banyak gol. Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2-1 kepada UAE.

Keputusan ini bermakna UAE mengumpul 13 mata ditempat kedua kumpulan, 3 mata di belakang Arab Saudi yang megah selepas membelasah Timor Leste 10-0.

Juara kumpulan dan 4 pasukan terbaik yang menduduki tempat ke-2 kumpulan (semuanya 12 pasukan) akan layak secara automatik ke Piala Asia 2019 dan pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia 2018.

Sumber gambar: Asiana

comments