Manchester United Ikat Kontrak Bersama DJ Buffonge, Bekas Pemain Remaja Fulham

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
CUBW0bpWsAApirN (1)

Bekas pemain remaja Arsenal dan Fulham, DJ Buffonge telah setuju untuk menyertai Manchester United selepas menjalani percubaan dengan Manchester United.

Pemain berusia 17 tahun itu, Darren Raekwon McIntosh-Buffonge, telah bersama pasukan U18 Manchester United untuk diuji dalam beberapa perlawanan awal musim ini dan telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan walaupun mengalami kecederaan selepas itu.

Walaupun begitu, panel pemilihan Manchester United sudah cukup berpuas hati untuk mengambil pemain muda itu secara rasmi dan menawarkan kontrak kepadanya.

Buffonge merupakan pemain remaja Arsenal sebelum menyertai Fulham.

 

 

comments