T-Team Ambil Penyerang Persib Bandung, Makan Konate, Untuk Musim 2016.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
makan

Penyerang pasukan Persib Bandung, Makan Konate, bakal memperkuatkan jentera serangan pasukan Liga Perdana, T-Team pada musim 2016.

Konate yang masih beraksi bersama Persib Bandung dalam kejohanan Piala Jenderal Sudirman, itu menyatakan bahawa perpindahan itu adalah kerana mengikut saranan ejen beliau terutama berkenaan isu penggantungan PSSI oleh FIFA.

persib-gol-makan-konate-tantan

Kebimbangan mengenai masa depan Konate merupakan sebab utama ejennya mencari pasukan lain untuk Konate meneruskan karier bola sepaknya.

Baca Juga: PENYERANG PERSIB BANDUNG, MAKAN KONATE BAKAL SERTAI PASUKAN LIGA MALAYSIA MUSIM 2016

Sebelum ini, T-Team juga dilaporkan telah menandatangani bekas jurulatih U23 Indonesia, Rahmad Darmawan untuk mengemudikan pasukan berpangkalan di Kuala Terengganu itu untuk menghadapai saingan Liga Perdana musim 2016.

Makan Konate dilaporkan oleh media Indonesia bakal menerima gaji tahunan sebanyak 2.7 Miliar setahun (RM860,000).

Untuk info lebih banyak info sila like Facebook Football Channel Malaysia

comments