Valencia Mahu Bawa Usami Ke La Liga
|
Menurut satu laporan dari Football Espana, Valencia dikatakan bersiap sedia untuk membawa penyerang Gamba Osaka berusia 23 tahun, Takashi Usami, ke La Liga pada pintu perpindahan yang akan datang.
Selain dari Valencia, gaya permainan dan prestasi Usami juga telah menarik minat beberapa lagi kelab terkemuka dunia seperti Eintracht Frankfurt, Stuttgart, Werder Bremen dan Marseille.
Sumber itu juga memberitahu bahawa, Valencia bersedia untuk membayar £2 juta bagi mendapat khidmat pemain itu dalam usaha mengukuhkan lagi jentera serangan mereka disamping menaikkan lagi “nilai pasaran” kelab itu sendiri di Asia khususnya.
Sebelum ini, Usami pernah beraksi bersama Bayern Munich dan 1899 Hoffenheim, namun beliau tidak dapat memberikan impak yang diharapkan oleh kedua-dua kelab Bundesliga itu. Beliau kembali ke Jepun menyertai Gamba Osaka dan berjaya menonjolkan diri sebagai salah seorang penyerang yang berkaliber serta menjadi pencabar penjaring terbanyak J1 League.
Next : Amirizdwan Taj Menyarung Jersi Terengganu Musim 2016?