Guangzhou Evergrande Juara AFC Champions League 2015

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
gz_trophy_lift_8x4

Gergasi bola sepak China, Guangzhou Evergrande, menewaskan kelab dari United Arab Emirates (UAE), Al-Ahli untuk dinobatkan sebagai juara AFC Champions League 2015.

Dalam perlawanan akhir kedua di Tianhe Stadium, China, Elkeson menjaringkan gol kemenangan Guangzhou Evergrande pada minit ke 54, jaringan tunggal dalam perlawanan akhir AFC Champions League 2015, selepas seri 0-0 dalam perlawanan pertama di Dubai.

Al-Ahli beraksi dengan 10 pemain selepas Salmeen Khamis dibuang padang pada minit ke 66 kerana bentesan keras keatas Zhen Long. Walaupun begitu mereka nyaris menyamakan kedudukan, namun dihalang oleh penjaga gol Guangzhou Evergrande.

Dengan kemenangan ini, Luis Filipe Scholari menjadi jurulatih kedua untuk menjuarai FIFA World Club Cup dan AFC Champions League, selepas Marcello Lippi melakukannya pada 2013.

comments