Yuji Nakazawa Cipta Rekod Bermain Penuh Semua Perlawanan Dalam 2 Musim

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
news_157565_1

Pemain pertahanan Yokohama F Marinos, Yuji Nakazawa mencipta rekod bermain penuh dalam semua perlawanan J1 League untuk Yokohama F Marinos selama 2 musim.

“Bomber” merupakan tunjang utama bahagian pertahanan Yokohama F Marinos sejak menyertai pasukan itu pada 2001 selepas berpindah dari Tokyo Verdy dari 1990-2001.

Nakazawa yang berusia 37 tahun, juga tidak pernah dilayangkan sebarang kad sepanjang musim 2015. Dalam karier beliau diperingkat antarabangsa, Nakazawa pernah beraksi di Piala Dunia 2006 selepas tidak berjaya mendapat tempat dalam edisi 2002 dimana jurulatih Jepun lebih memberi kepercayaan kepada Yutaka Akita dibahagian pertahanan berbanding beliau.

download

Berasal dari Yoshikawa, Yokohama, beliau pernah menerima anugerah Japanese Footballer of The Year pada 2004, Rookie of The Year 1999, J League MVP 2004 dan J League Best Eleven 1999, 2003, 2004, 2005 dan 2008.

Yuji Nakazawa juga pernah berkelana ke Brazil selepas tamat sekolah tinggi, menyertai America Maneiro, bagi mempertingkatkan kemahiran bola sepaknya selepas aksi-aksi semasa saingan sekolah tinggi tidak berjaya memikat pengesan bakat di Jepun.

comments