Sanfrecce Hiroshima Juara J1 League Pusingan Kedua

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
GettyImages-498240198

Sanfrecce Hiroshima berjaya menjadi juara pusingan kedua J1 League selepas membenam cabaran Shonan Bellmare 5-0 dalam perlawanan terakhir liga J1 League petang tadi.

Jaringan hatrik penyerang import Sanfrecce Hiroshima, Douglas, pada minit 24, 72 dan 89 serta masing-masing 1 gol dari Aoyama dan Sato, terus mengekalkan kedudukan teratas mereka dan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dari 2 pusingan.

GettyImages-498240184

Dengan kemenangan keseluruhan ini juga membolehkan mereka mendapat “bye” untuk terus ke perlawanan akhir Championship Stage 2015. Manakala tempat kedua dan ketiga keseluruhan, Urawa Reds ( Juara Pusingan Pertama ) akan bertemu Gamba Osaka disaingan “separuh akhir” untuk menentukan pasukan mana yang akan bertemu Sanfrecce Hiroshima pada 2 dan 5 Disember nanti.

Juara Championship Stage ini akan dinobatkan sebagai juara mutlak J1 League untuk musim 2015.

comments