DPMM Brunei Rangkul Kejuaraan S-League Buat Kali Pertama
|
DPMM Brunei merangkul kejuaraan S League buat kali pertama, apabila menundukkan Balestier Khalsa 4-0 di bandar Seri Begawan Sabtu lepas.
Kemenangan 4-0 itu telah menjadikan pasukan bimbingan Steve Kean memungut 52 mata meninggalkan Tampines Rovers dengan 48 mata yang dikkat oleh Harimau Muda 1-1.
Selepas hanya menamatkan saingan sebagai naib juara pada 2012 dan 2014, DPMM Brunei menjadi pasukan asing kedua dalam S League yang berjaya menjadi juara liga selepas pasukan dari Perancis Etoille FC memenanginya pada 2010.
“Ia sangat hebat. Saya gembira dan memberikan sepenuh kredit kepada pemain-pemain yang berusaha keras.”, kata Kean, bekas pengurus Blackburn Rovers.
“Mereka telah menggunakan pengalaman tahun-tahun sebelumnya dan tahun ini tampil dengan lebih matang dan tenang.”
Prev : Sanfrecce Hiroshima Juara J1 League Pusingan Kedua
Next : Top 5 Kehadiran Penyokong Paling Tinggi Dalam Kelayakan Piala Dunia 2018 Asia.
Next : Top 5 Kehadiran Penyokong Paling Tinggi Dalam Kelayakan Piala Dunia 2018 Asia.