Pemain Import Baru T-Team, Abdoulaye Yousouff Maiga, Terus Fokus Kepada Sriwijaya FC

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
640x320-prediksi-piala-presiden-arema-vs-sriwijaya-fc-151002i

Pemain pertahanan baru T-Team FC, Abdoulaye Youssouf Maiga, akan terus bermain bersama pasukan Sriwijaya FC sehingga tamat kejohanan Piala Jenderal Sudirman yang sedang berlangsung sekarang.

Keputusan itu telah dipersetujui oleh Maiga dan ejennya Mamadou selepas perbincangan mengenai masa depan pemain itu yang  mengesahkan akan beraksi bersama T-Team musim 2016. Pemain dari Mali ini akan menyertai sesi latihan bersama T-Team selepas tamat kejohanan PJS Januari nanti.

112505_large

Coach RD sudah tahu kondisi saya fit, dan tidak masalah telat bergabung. Tentu hal ini membuat saya ingin membawa Sriwijaya menjadi juara di turnamen ini. Saya ingin memberikan hadiah kado perpisahan yang spesial, yakni dengan memenangkan turnamen.”

Maiga juga turut menegaskan bahawa, prestasi beliau bersama Sriwijaya FC dalam kejohanan PJS juga tidak akan dipengaruhi oleh isu perpindahannya ke kelab dari Malaysia itu. Makan Konate, pemain tengah pasukan Persib Bandung juga akan menyertai beliau dalam pasukan T-Team musim depan.

Abdoulaye-Maiga-Peringatkan-Duo-Asing-Arema-Cronus

Perpindahan ke pasukan Liga Perdana Malaysia itu juga dilihat sebagai langkah selamat yang diambil oleh pemain-pemain untuk terus “bermain” bagi mendapatkan tempat dalam pasukan kebangsaan masing-masing kerana mereka memerlukan perlawanan liga dan bukannya sebuah kejohanan biasa.

comments