Pemain Tengah Muangthong United Berminat Sertai Liga Super Malaysia
|
Pemain tengah Muangthong United, Sarach Yooyen telah memberitahu bahawa dia berminat untuk menyertai pasukan Liga Malaysia dan berkata ia merupakan “suatu cabaran baru” baginya.
Pemian berusia 23 tahun itu masih mempunyai baki kontrak bersama “Twin Qilin” sehingga 2016 dan beberapa pasukan dari Liga Super Malaysia sudah memerhatikan prestasinya kebelakangan ini.
Bagaimanapun, Sarach Yooyen yang juga anggota skuad Thailand yang meraih kejuaraan AFF Suzuki 2014, tidak mahu tergesa-gesa dalam membuat keputusan.
“Ya, sudah ada beberapa tawaran dari Malaysia, tetapi saya masih belum membuat sebaranng keputusan. Saya masih mempunyai kontrak dengan Muangthong sehingga 2016.”
“Tetapi saya rasa ia sesuatu yang menarik. Mungkin Thai Premier League lebih bagus, tetapi Liga Super Malaysia sedang meningkat naik dan ia sangat menarik.”
Sarach telah membuat 70 penampilan bersama Muangthong selepas menyertai skuad senior dari akademi Muangthing pada 2010.
Next : AFC Annual Awards 2015: JDT Tersenarai Sebagai Calon Finalist AFC Club Of The Year