Purata Kehadiran Penonton J League 2015 Ke Stadium Cecah 9 Juta Orang

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
TOKYO, JAPAN - MARCH 08:  (EDITORIAL USE ONLY) Tokyo Verdy supporters cheer prior to the J. League 2nd division match between Tokyo Verdy and Cerezo Osaka at Ajinomoto Stadium on March 8, 2015 in Tokyo, Japan.  (Photo by Masashi Hara/Getty Images)

Pada 22 dan 23 November 2015 lalu, semua perlawanan liga J League bagi ketiga-tiga divisyen J1,J2 dan J3 telah berakhir.

Bagi J1 League, Championship Stage akan dimulakan dengan perlawanan penentuan ke saingan akhir diantara Urawa Reds dan Gamba Osaka, dan Sanfrecce Hiroshima menanti diperingkat akhir.

Sejumlah 9,178,812 penonton telah hadir menyaksikan perlawanan di stadium bagi semua perlawanan di semua stadium sepanjang musim 2015. Ini merupakan kali pertama J League mencatatkan jumlah kehadiran melebihi 9 juta orang dalam 1 musim.

Pada perlawanan ke-17 peringkat ke-2 J1 League telah mencatatkan purata jumlah kehadiran paling tinggi dengan 28,152 orang, ranking ke-4 purata paling ramai dalam sejarah J League.

Rekod purata kehadiran penonton ke stadium sejak J League ditubuhkan pada 1993.

1) 1994 J League Nicos Series – Matchday 7, 30,681 orang
2) 1993 J League Suntory Series – Matchday 7, 29,185 orang
3) 2006 J League Divisyen 1 – Matchday 12, 28,286 orang
4) 2015 Meiji yasuda J League 1, 2nd Stage Matchday 17, 28,172 orang
5) 2004 J League Divisyen 1, 1st Stage Matchday 7, 27,413 orang

comments