Tiada Lagi Aksi LionXII Dalam Saingan Liga Super 2016

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
lionsxii-champions

Dalam mesyuarat terbaru Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), memutuskan untuk tidak meneruskan MoU dengan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dimana akan menyaksikan tiada lagi cabaran LionsXII dalam saingan Liga Super 2016.

Bagi menggantikan 1 slot yang ditinggalkan oleh LionsXII itu, 1 perlawanan play-off diantara T-Team dan ATM akan diadakan bagi menentukan pasukan mana yang akan mengisi slot tersebut.

MoU diantara persatuan bola sepak kedua-dua buah negara ditandatangani pada 2011 dan LionsXII mula beraksi dalam saingan liga pada musim 2012.

AFP

AFP

Pencapaian LionsXII dalam saingan domestik Malaysia:

Musim 2012

  • Naib Juara Liga Super
  • Suku Akhir Piala FA
  • Separuh Akhir Piala Malaysia

Musim 2013

  • Juara Liga Super
  • Pusingan Pertama Piala FA
  • Suku Akhir Piala Malaysia

Musim 2014

  • Tempat ke 8 Liga Super
  • Pusingan Kedua Piala FA
  • Peringkat Kumpulan Piala Malaysia

Musim 2015

  • Tempat ke 7 Liga Super
  • Juara Piala FA
  • Suku Akhir Piala Malaysia

Jika LionsXII tidak berjaya layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2015, ini bermakna perlawanan di Stadium Darul Makmur malam tadi merupakan perlawanan “Away” terakhir mereka untuk musim 2015.

Sayounara LionsXII!

comments