Gamba Osaka Layak Ke Final J League Championship Stage
|
Juara bertahan, Gamba Osaka, menewaskan Urawa Red 1-3 dalam perlawanan play-off petang semalam yang berlangsung di 2002 Saitama Stadium.
Pemain veteran, Yasuyuki Konno membuka jaringan pada minit ke 47, sebelum Zlatan menyamakan kedudukan pada minit ke 72 selepas masuk menggantikan Umesaki pada minit ke 63.
Fujiharu menjaringkan gol kedua Gamba Osaka pada minit ke 118, volley hasil hantaran dari Yonekura dari sebelah kanan. Urawa Reds dilihat seakan cuba kembali untuk mencari gol penyamaan bagi mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti namun, Patrick memusnahkan harapan dengan jaringan ke-3 Gamba Osaka pada minit ke 121.
Pemain terbaik perlawanan ini adalah penjaga gol Gamba Osaka, Higashiguchi, menerima trofi dan wang tunai berjumlah 500,000 yen.
Menanti Gamba Osaka disaingan akhir pada 2 dan 5 Disember nanti adalah Sanfrecce Hiroshima, juara 2nd Stage J1 League dan juara keseluruhan.
Galeri Gambar Perlawanan
Video Highlight perlawanan play-off Urawa Reds x Gamba Osaka
Next : Senarai Penerima Anugerah AFC Annual Awards 2015