Izwan Mahbud Akan Menjalani Percubaan Dengan Kelab J2 League Matsumoto Yamaga Mulai Esok.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
izwan1

Penjaga gol LionsXII dan pasukan kebangsaan Singapura, Izwan Mahbud akan menjalani sesi percubaan bersama pasukan J2 League, Matsumoto Yamaga mulai esok selama 1 minggu.

Matsumoto Yamaga, sebuah pasukan yang kali pertama beraksi dalam J1 League musim 2015, akan bermain dalam J2 League musim 2016 selepas menamatkan cabaran di kedudukan ke 16 J1 League. Jika Izwan berjaya, beliau akan menjadi pemain Singapura pertama beraksi dalam J League.

“Saya akan kesana secara terbuka dan tanpa tekanan, dan berharap mampu untuk menarik perhatian staf kejurulatihan Matsumoto Yamaga”, kata Izwan.

“Sudah pasti saya kesana bukan untuk ‘holiday’. Saya bersedia dari segi kecergasan kerana LionsXII baru sahaja mengakhiri cabaran musim ini Sabtu lalu.Komunikasi merupakan penghalang besar setakat ini tetapi saya akan cuba untuk menghafal beberapa perkataan Jepun nanti.”

Sesi percubaan ini diaturkan oleh penaja utama Matsumoto Yamaga, Epson.

GM Epson Singapore ( Regional ), Alvin Tan berkata, “Kami sangat gembira seorang pemain bola sepak Singapura telah menarik minat pasukan dari J League. Dengan hubungan baik diantara kami dengan Matsumoto Yamaga dan FAS, kami teruja untuk memainkan peranan supaya sesi ini dapat diadakan.

” Kami berkongsi visi, misi dan komitmen dalam membangunkan bakat dan akan terus membantu sebaik mungkin sebagai penaja, dalam mengembangkan bakat pemain Singapura.

” Epson Singapore mengucapkan selamat maju jaya kepada izawan selama berada di Matsumoto City dan percaya kedua-dua pihak akan mendapat faedah dari pertukaran ini.”

Foto: ESPN

Foto: ESPN

Pada bulan Jun lalu, Epson Singapore telah berkoloborasi dengan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk menghantar 3 orang pemain berpotensi besar ke Jepun.

Ini bertitik tolak dari persembahan mengagumkan Izwan semasa membantu Singapura seri 0-0 bertemu jepun di Saitama dimana beliau telah menyelamatkan sekurang-kurangnya 18 percubaan pasukan Samurai Blue.

Dan berdasarkan prestasi beliau musim ini, sebuah kelab Thai Premier League, Chonburi FC menyatakan minat untuk mengambil penjaga gawang utama Singapura ini minggu lalu.

Positif

Semalam, Presiden Matsumoto Yamaga, Yoshiyuki Kato berkata,” izwan adalah salah seorang pemain yang telah kami kenal pasti, selepas beberapa perbincangan, kami bersetuju untuk menawarkan sesi percubaan selama 1 minggu kepada beliau.”

“Walaupun sekarang musim liga telah pun berakhir, kami yakin dengan sesi percubaan ini dapat memberi pendedahan kebudayaan yang baru kepada Izwan dimana beliau mempunyai potesi sebagai penjaga gol terbaik Asia.”

1433592_heroa

Foto: Asiana.my

“Ada beberapa lagi pemain Singapura yang mempunyai keupayaan untuk beraksi dalam J League, dan kami akan terus mengadakan perbincanggan dengan FAS untuk sesi seterusnya.”

Ini dapat dilihat berdasarkan minat pasukan dari Matsumoto ini yang juga berminat untuk membawa Hariss Harun dan Safuwan Baharudin.

Bagaimanapun, Hariss harun sudah pun menandatangani kontrak baru 4 tahun bersama juara AFC Cup 2015, JDT, dan Safuwan yang pernah beraksi untuk Melbourne City pula dilihat tidak berminat untuk menjalani sesi percubaan.

Melihat kepada aksi Izwan dalam perlawanan kedua di Singapura yang lalu ( Singapura tewas 0-3), Chiyomi Iwata, penulis sukan The Nikkan Sports, Chiyomi Iwata, merasakan Izwan akan berjaya dalam J League.

Chiyomi juga berkata, jurulatih Jepun, Vahid Halilhodzic juga kagum dengan aksi penjaga gol itu dan memberikan pujian kepadnya selepas kedua-dua perlawanan. Ini menunjukkan bahawa Izwan sememangnya “highly-rated”.

“Tetapi beliau harus bersedia untuk menghadapi cuaca sejuk di Matsumoto. Sekarang, suhu disana mencecah -2 Celcius yang mungkin akan memberikan sedikit kesukaran kepadanya.

Optimistik

Walau apa pun yang berlaku, pegawai hubungan antarabngsa J League, Kei Koyama terus optimistik dan berkata: “Berdasarkan ‘partnership’ diantara J League dan FAS, kami sangat berharap untuk melihat pemain terbaik Singapura ini untuk berjaya bersama Matsumoto Yamaga.”

11080006_770554953052368_8037312747699247232_o

Benjamin Tan, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Perancangan FAS berkata: ” Sebagai salah satu strategi untuk meningkatkan pembangunan pemain, kami akan terus konsisten bekerjasama dengan ‘partners’ untuk mengenalpasti peluang diluar negara seperti ini.

“Ini satu peluang yang terbaik bagi Izwan untuk berlatih dan belajar dari mereka sebagai salah satu kelab profesional di Asia. Kami teruja untuk menerima maklum balas dari Matsumoto Yamaga berkenaan prestasinya.”

“Kami berterima kasih kepada rakan penaja, termasuk Japan Football Association (JFA), J League dan Epson atas sokongan mereka.”

 

comments