Joseph Kalang Tie Sah Kembali Ke Terengganu Musim 2016.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
unnamed-696x505

Pemain lincah dari Sarawak, Joseph Kalang Tie, sah akan kembali beraksi untuk pasukan Terengganu musim 2016 nanti selepas tamat kontrak bersama pasukan Sarawak.

Joseph Kalang Tie yang pernah beraksi bersama pasukan Terengganu selama 3 musim sebelum ini juga dilaporkan menerima tawaran dari sebuah pasukan selatan tanahair namun membuat keputusan kembali bergabung dengan skuad Peteh musim 2016.

‘Kepada seluruh peminat Sarawak inilah keputusan yang amat pedih dan berat untuk saya lakukan demi karier tapi apakan daya keputusan sudah pun saya lakukan untuk berhijrah ke pasukan baru.’

Foto: MVP Sports Agency

Foto: MVP Sports Agency

‘Buat peminat di luar, pemain keluar dan masuk adalah perkara biasa di era profesional tapi peminat tetap yang sama dan teguh menyokong lambang kenyalang di dada sebab tanpa penyokong senario bola kita tidak akan meriah. Berilah sokongan dan doa kepada pemain kita, coach Rajagobal, pengurusan dan semua staf FAS. Semoga tuhan memberkati anda semua. Semangat ngap sayot akan sentiasa tersemat dalam diri saya walau di mana pun saya berada’, kata beliau kepada semua penyokong Sarawak.

Selain Joseph Kalang Tie, 2 lagi pemain yang dijangka akan menandatangani kontak bersama Terengganu Rabu ini adalah Amirizdwan Taj Tajuddin dari Kelantan dan Yong Kuong Yong dari pasukan Pulau Pinang.

comments