Edward Junior Wilson Kuatkan Jentera Serangan Kelantan Musim 2016?

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
doc6etbtz6xab916tpuohc4

Bekas penyerang Felda United & BEC Tero Sasana yang berasal dari Liberia, Edward Junior Wilson diberitakan akan menyertai skuad The Red Warriors musim 2016.

Edward Junior Wilson beraksi bersama Felda United pada musim 2014 dan menyertai kelab Thai Premier League, BEC Tero Sasana pada musim 2015. Beliau merupakan bekas penyerang pasukan Liga Indonesia, Semen Padang selama 6 musim dari 2008 hingga 2014, menjaringkan 80 gol dari 105 penampilan.

atm-fel (6)-753312

Selain itu, seorang lagi pemain import yang dikaitkan bersama Kelantan adalah, Chiendu Udeagha Sunday dari Nigeria.

eda15aa48896e60acf4288af2898c893

Juara treble 2012 itu telah melepaskan semua pemain import musim 2015 kecuali pemain pertahanan Jonathan McKain itu juga dilihat sedang berusaha untuk membawa seorang lagi bekas pemain mereka musim 2014, Mohamed Shawky bagi memantapkan jentera tengah untuk bergandingan bersama kapten marvel mereka, Badri Radzi.

 

comments