Shunsuke Nakatake Sertai Kuantan FA Bagi Saingan Liga Perdana 2016

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
news_14042_5

Bekas kapten pasukan Kanagawa University, Shunsuke Nakatake, telah disahkan menyertai pasukan Liga Perdana, Kuantan FA bagi musim 2016. Nakatake yang juga bekas pemain remaja Sendai FC, menyertai Kuantan FA dari pasukan S.League, Hougang United.

Pemain tengah berusia 25 tahun ini, keluar dari Jepun untuk membina karier bola sepaknya sejak 3 tahun lalu, selepas menamatkan pengajian di Kanagawa University. Beliau telah memilih Singapura sebagai destinasi pertama, namun gagal mendapat tempat dalam pasukan S.League. Setelah mencuba, akhirnya Nakatake berjaya menyertai pasukan Eunos Cresent FC, sebuah pasukan amatur yang bersaing dalam National League Football di Singapura.

Takesigning-500x667

Selepas mempamerkan aksi memberangsangkan bersama Eunos Cresent FC, beliau ditawarkan tempat bersama Hougang United pada musim 2014. 33 penapilan bersama Hougang United pada musim pertama dan menjaringkan 1 gol. Pada musim 2015, beliau merupakan satu-satunya pemain import yang dikekalkan oleh pengurusan pasukan Hougang United.

image

Kuantan FA merupakan kelab ketiga beliau dalam karier diluar Jepun, dan menyimpan harapan untuk memberikan aksi terbaik dalam Liga Malaysia musim 2016 nanti.

Berita ini juga telah tersebar luas di beberapa portal bola sepak terkenal Jepun diantaranya, Soccer King Japan, yang menerbitkan satu artikel ringkas berkenaan perkara ini.

12-3-2015 3-17-39 AM

 

comments