Andik yakin mampu benam Pahang di Shah Alam

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
20140910_030313_andik-vermansyah-tentu-selangor

Sebaik sahaja tamat perlawanan separuh akhir pertama TM Piala Malaysia antara Pahang dan Selangor, jelas kelihatan kepuasan dan kelegaan dimuka pemain-pemain Selangor. Masakan tidak, Pahang yang terdesak untuk mendapatkan gol dilihat menyerang bertubi-tubi pintu gol Selangor terutama di separuh masa kedua namun gagal menghasilkan jaringan.

Sesuatu yang agak pelik, pasukan Selangor yang datang dengan reputasi juara kumpulan C dan menewaskan Sarawak di tempat lawan pada suku akhir pertama lalu, tampil dengan corak bertahan di Kuantan.

andik_vermansah_selangor_0

Foto: Asiana.my

Apapun, keputusan perlawanan tadi pasti memberi kelegaan kepada Selangor dalam menghadapi perlawanan di Shah Alam nanti.
Pemain tengahnya, Andik Vermansyah yang ditemui selepas perlawanan kelihatan sangat yakin untuk mara ke perlawanan akhir.

“Kami tahu pasukan Pahang pasukan yang baik dan sukar ditewaskan. Keputusan pada malam ini memudahkan urusan kami di Shah Alam nanti”

Sementara itu, pemain Pahang dilihat hilang fokus dan terkesan dengan beberapa keputusan pengadil yang banyak memihak kepada pelawat. Selangor patut menarik nafas lega apabila Andik ‘terselamat’ daripada menerima kad merah. Andik yang sebelumnya sudah menerima kad kuning yang pertama, melengah-lengahkan perlawanan pada hujung babak kedua, sebaliknya pengadil melayangkan kad kuning kepada Azriq Nasrulhaq.

Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan enggan memberi komen berhubung beberapa keputusan pengadil yang ternyata meragukan. Zainal mengakui mereka
bakal berdepan tugas berat pada perlawanan di Shah Alam nanti namun masih yakin dengan peluang untuk mara.

“Memang tugas berat beraksi di Shah Alam, namun segalanya tidak mustahil. Pahang pernah melakukannya,(menang 3-1 pada perlawanan Liga Super 2015 di Shah Alam) dan insyaAllah kami akan mengulanginya.

comments