Bekas Pengurus Bayern Munich, Felix Magath, Dilantik Sebagai Pengendali Baru Sagan Tosu
|
Bekas pengurus yang pernah menjuarai Bundesliga sebanyak 3 kali, Felix Magath, telah sah dilantik sebagai pengedali baru kelab J1 League, Sagan Tosu.
Beliau yang berusia 62 tahun pernah membawa Bayern Munich sebagai juara Bundesliga pada musim 2004/2005, 2006/2006 dan Wolfsburg pada 2008/2009, dilaporkan menandatangani kontrak jangka panjang mengikut kata Presiden Sagan Tosu, Minoru Takehara.
Feliz Magath pernah membawa 2 pemain Jepun semasa berkhidmat sebagai pengurus Wolfsburg, iaitu kapten skuad kebangsaan Jepun, Makoto Hasebe dan penjaring gol terbanyak J1 League 3 tahun berturut-turut, Yoshito Okubo yang telah menyaksikan Wolfsburg menjuarai Bundesliga selepas itu.
Pemain Schalke04, Atsuto Uchida juga merupakan seorang lagi pemain yang dibawa oleh beliau untuk beraksi dalam saingan Bundesliga pada Julai 2010, ketika uchida berusia 22 tahun.
Next : Andik yakin mampu benam Pahang di Shah Alam