Penyerang Sarawak Ryan Griffiths Sertai South China FC Musim 2016

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Foto: Borneo Post

Penyerang pasukan Liga Super Sarawak selama 2 musim dari 2014 sehingga 2015, Ryan Griffiths, dilaporkan akan menyertai sebuah kelab dari Hong Kong, South China AA.

Beliau yang sebelum ini pernah beraksi untuk pasukan China Super League (CSL) seperti Liaoning, Beijing Guoan dan Beijing Baxy, menyatakan masih belum ada perancangan untuk bersara dari bola sepak profesional dalam masa terdekat.

Foto: Asiana.my

Foto: Asiana.my

“Saya masih lagi yakin dengan tahap kecergasan saya dan merasakan ia bukan lagi masa yang sesuai untuk saya berhenti bermain secara profesional”.

“Saya masih lagi kuat dan mampu menjaringkan gol untuk pasukan”.

Ryan Griffiths, yang dilahirkan di Sydney telah membuat 8 penampilan bersama skuad Socceroos bermula pada tahun 2006. Penampilan terakhir beliau bersama skuad kebangsaan Australia itu adalah pada 2008 ketika bertemu Singapura.

comments