Penyerang Veteran Korea Selatan, Lee Dong-Gook DiPilih Sebagai MVP K-League Buat Kali Ke 4
|
Penyerang veteran Korea Selatan, Lee Dong-Gook memenangi anugerah Most Valuable Player (MVP) dalam K-League buat kali ke 4 dalam sejarah bola sepak profesional negara itu.
Beliau menerima anugerah itu dalam satu Majlis Anugerah Tahunan K League , dan menjadi pemain pertama dalam sejarah 32 tahun liga, memenangi MVP 2 tahun berturut-turut. Pemain berusia 36 tahun itu pernah menerima anugerah MVP yang sama pada tahun 2009, 2011 dan 2014.
Lee menjaringkan 13 gol bagi membantu Jeonbuk Hyundai untuk menjuarai K League Classic 2 tahun berturut-turut, dan beliau juga telah menjaringkan lebih 10 gol dalam satu musim selama 7 musim berturut-turut, mengumpul jumlah jaringan sebanyak 180 gol.
Selain itu, jurulatih dan pemain tengah Jeonbuk Hyundai juga menerima anugerah ‘Coach of the Year’ ( Choi Kang Hee ) dan ‘Young Player of the Year (Lee Jae Sung).
Next : Ali Ashfaq Akan Bersara Dari Bola Sepak Antarabangsa Selepas Kejohanan SAFF.