Ali Ashfaq Akan Bersara Dari Bola Sepak Antarabangsa Selepas Kejohanan SAFF.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Foto: Asiana.my

Penyerang pasukan PDRM, Ali Ashfaq menyatakan bersedia untuk bersara dari karier bola sepak antarabangsa, sejurus selepas tamatnya kejohanan SAFF yang akan diadakan pada 23 Disember 2015 hingga 3 Januari 2016.

Penyerang prolifik berusia 30 tahun itu juga berkata, sudah tiba masa untuk beliau memberikan laluan kepada pemain-pemain muda yang berbakat untuk mempamerkan aksi mereka diperingkat lebih tinggi.

” Kejohanan SAFF Suzuki Cup tahun ini merupakan penyertaan terakhir saya dan ia merupakan suatu penghormatan untuk mewakili Maldives dalam kejohanan regional seperti ini.”

Foto: Asiana.my

Foto: Asiana.my

” Ada ramai pemain-pemain muda yang berbakat besar dan mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik seperti yang telah saya perhatikan dalam beberapa kejohanan sebelum ini dan saya mahu memerikan mereka peluang sekarang. Kejohanan kali ini juga adalah edisi SAFF yang terakhir untuk saya.”

Ali Ashfaq diangkat sebagai pemain terbaik Asia Selatan oleh ramai penggiat bola sepak disana dan beliau merupakan salah seorang pemain yang membantu Maldives menjulang piala SAFF pada 2008 dan Ali Asfaq telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.

 

comments