Adul Lahsoh Sah Sertai Juara Liga Thai, Buriram United
|
Juara bertahan Liga Premier Thai (TPL), Buriram United mengumumkan pemain tengah Chonburi, Adul Lahsoh telah menandatangani kontrak untuk menyertai pasukan mereka dalam saingan musim depan.
Adul Lahsoh, 29, membuat keputusan untuk meninggalkan ‘The Sharks’ selepas beraksi selama 9 musim dimana beliau membuat lebih 150 penampilan dan memenangi Kor Royal Cup sebanyak 3 kali pada 2009, 2011 dan 2012 serta juara Liga Premier Thai (TPL) pada 2007.
Pemain yang berasal dari Phatthalung ini juga pernah beraksi bersama Gainare Tottori dalam saingan Japan Football League (JFL) pada 2008 dan membuat 19 penampilan sebelum kembali beraksi bersama Chonburi tahun yang sama.
Buriram United juga memperkenalkan pemaim import terbaru mereka, Andre Moritz, pemain tengah menyerang yang pernah beraksi bersama Crystal Palace dan Pohang Steelers.
Adul Lahso, kapten Thailand yang menjuarai Piala Suzuki AFF 2014 itu akan memakai jersi no 4 dan Andre Moritz memakai jersi no 11 selepas ketibaan mereka di ‘Thunder Castle’.
Next : Nguyen Cong Phuong, Pemain Kedua Vietnam Beraksi Di J League Selepas Lee Cong Vinh