Kelab Divisyen 2 China, Tianjin Songjiang Beli Bekas Penyerang Brazil, Luis Fabiano

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
622_50543687-1d17-34c1-88aa-888ffdd6f62b

Bekas penyerang Brazil berusia 35 tahun, Luis Fabiano dilaporkan telah bersetuju untuk menerima tawaran dari sebuah kelab divisyen 2 China, Tianjin Songjiang bagi musim 2016.

Berdasarkan laporan dari UOL Sporte, kontrak rasmi masih belum ditandatangani oleh pemain itu namun sumber dari rakan-rakan terdekat beliau menyatakan ia akan berlaku dalam masa terdekat.

Dengan maklum balas positif yang dibuat oleh Luis Fabiano kepada Tianjin Songjiang itu seakan menutup harapan sebuah kelab Brazil, Gremio, yang juga dilaporkan bersetuju untuk menawarkan kontrak dengan gaji sebanyak €130,000 sebulan. Selain itu, Atletico Mineiro juga sangat berminat untuk mendapatkan penyerang itu, namun Luis Fabiano seakan tidak berminat dengan tawaran tersebut.

Luxemburgo-Real-Madrid-1260x710

 

Bagi menghadapi musim 2016, Tianjin Songjiang juga sudah berjaya mengikat bekas jurulatih Real Madrid, Vanderlei Luxemburgo dan dalam proses untuk mendapatkan 3 lagi pemain Brazil iaitu, Paulinho dan Everton dari kelab Flamengo serta  Clayton da Silveira da Silva dari kelab Figueirense.

comments